Thursday, February 24, 2011

Cara 3 Tidak Melewatkan-lewatkan kerja

Cara #3: Tambahkan ilmu dalam bidang focus anda
Manusia adalah insan yang amat hebat dan boleh mencapai apa sahaja matlamat dengan ilmu dan pengalaman yang mencukupi. Lipatkali gandakan ilmu anda dalam bidang anda. Dengan ilmu yang lengkap, segala kerja yang dilakukan adalah lebih mudah.

Sering kali kita tidak dapat meneruskan sesuatu kerja apabila kita tidak tahu melakukannya, atau, mempunyai ilmu yang kurang dalam kerja yang perlu ditangani.  Ini akan melambatkan sesuatutugas dan adakalanya akan menurunkan produktiviti dan motivasi. Tekanan mula di rasa apabila ilmu yang dimiliki tidak dapat menangani kerja di tangan.

Dedikasikan diri anda untuk menjadi pakar dalam bidang anda. Baca buku, hadiri seminar, minta nasihat dari yang lebih pakar, dan tambahkan kepakaran anda, sama ada yang berkaitan secara langsung dengan kerja anda, atupun yang tidak.

Orang disekeliling anda akan merasa pelik, bagaimana anda mencapai kejayaan dalam waktu yang amat singkat. Jawapannya, lipat kali gandakan ilmu dalam bidang anda!

SEKIRANYA ANDA INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN..mulakan dari sekarang. Jangan berlenggah lagi...Hubungi kami untuk berdaftar perniagaan anda dengan Kementerian Kewangan sebagai pembekal.

No comments:

Post a Comment