Friday, February 25, 2011

Langkah Pertama Penting Dalam Perniagaan

Langkah pertama dan penting dalam perniagaan ialah menjalankan penyelidikan pasaran (market research). Dalam menjalankan apa jua perniagaan, adalah menjadi salah satu kewajipan untuk menjalankan kajian pasaran untuk mengetahui tahap permintaan/penerimaan produk atau perkhidmatan kita. Adalah menjadi kesalahan besar jika kita mengganggap pelanggan pasti membeli produk kita.

Terdapat 2 jenis kajian. Pertama adalah kajian primier. Iaitu menjalankan sendiri kajian melalui borang soalselidik, bertemu rakan,pelanggan, pembekal, mengkaji rekod jualan dan bersemuka dengan semua yang terlibat /pelanggan sasaran untuk mendapatkan maklumat tentang pasaran sesuatu produk itu. Kedua, ialah kajian sekunder iaitu kajian melalui bahan/sumber lain seperti majalah, internet, suratkhabar, jurnal, direktori perniagaan, buku-buku dan apa jua rujukan samada mediacetak dan media elektronik.

so LAKUKAN kajian pasaran terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment