Monday, February 7, 2011

PERKHIDMATAN YANG KAMI TAWARKAN

INGIN MEMOHON LESEN KEMENTERIAN KEWANGAN - BERDAFTAR SEBAGAI PEMBEKAL



APA ITU SIJIL PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN (LESEN KEWANGAN)?
Sijil yang dikeluaran kepada syarikat yang diluluskan pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia bagi tajuk-tajuk/bidang-bidang perniagaan yang dinyatakan di dalam buku panduan pendaftaran. Sijil ini dikeluarkan bagi mengesahkan bahawa syarikat berdaftar dengan Kem. Kewangan dan layak menyertai sebarang tempahan/pesanan melalui sebutharga/pembelian terus/tender dari semua agensi kerajaan.


Sekiranya syarikat anda ingin menjadi Pembekal/Pemborong kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan?
Ingin menyertai Sebutharga atau Tender Kerajaan?
Syarikat Anda perlu memiliki Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan. Syarikat Anda perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan dibekalkan dengan sijil pendaftaran untuk tempoh 3 tahun. Anda boleh mendaftar minima 10 bidang perniagaan/bekalan seperti alatulis, perabut,baja,perkhidmatan mencuci kawasan/bangunan,bekal pakaian sukan,cenderamata dan banyak lagi.


Bagaimana cara untuk berdaftar dan memperolehi Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan (MOF)?
Sijil Kementerian Kewangan sebagai Pembekal boleh diperolehi secara online melalui Sistem Pendaftaran ePerolehan.




No comments:

Post a Comment