Sunday, April 3, 2011

Lakukan Perkara Yang Diminati

Saya sering ditanya mengenai jenis perniagaan apa yang boleh diusahakan/diniagakan. Bagi saya jawapan nya ialah melakukan dahulu apa yang kita minati. Ini kerana di dalam dunia ini banyak persamaan mengenai benda/perkara yang kita sukai. Maksud saya, sesuatu yang kita minati itu mungkin terdapat orang lain juga meminatinya. Apabila kita melakukan benda/perkara yang kita sukai sudah tentu hasilnya akan lebih berkualiti daripada kita melakukan perkara secara terpaksa. Sebagai contoh, jika kita minati untuk mengambil gambar (jurufoto), sudah tentu kita akan cuba mengambil gambar seberapa banyak yang boleh dengan menghasilkan gambar yang berkualiti. Jika kita terpaksa untuk mengambil gambar secara disuruh maka kualiti gambar mungkin rendah kerana kita tidak mempunyai kemahiran yang khusus yang disebabkan oleh kita tidak berminat untuk menjadi jurufoto. Dengan minat itu tadi sudah tentu kita akan cuba mempelajari teknik-teknik yang berkesan mengenai cara mengambil gambar dan menghasilkan kualiti yang berkesan. Kita juga tidak akan bekerja secara sukarela dan lebih bersemangat kerana perkara yang kita lakukan itu adalah minat kita. Kita akan merasakan masa cepat berlalu. Tidak dapat dinafikan bahawa jika kita melakukan apa yang kita minat, hasilnya mesti terbaik daripada kita. Minat itu lah kita kongsikan dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama. Maka, secara tidak langsung kita boleh menjalankan perniagaan dengan hobi atau perkara yang kita minati.

Datuk Chef Wan misalnya, merupakan graduan dalam bidang perakaunan, tetapi kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang masakan beliau telah memilih untuk menjadi chef. Hasil daripada apa yang diminatinya itu telah membuatkan beliau kini antara chef yang terkemuka di Malaysia dan menjadi jutawan dengan hanya memasak iaitu minat beliau. Kini beliau telah mengeluarkan beberapa buku dan menjadi chef kepada ribuan pelajar yang ingin mempelajari resepi dan teknik memasak dari beliau. Begitu menakjubkan hasilnya.
Mulakan dengan hobi atau apa yang kita minati. Kemudian dengan sedikit ilmu perniagaan, mentor maka ianya boleh dijadikan barang/perkhidmatan yang dapat dijual.

No comments:

Post a Comment