Sunday, May 15, 2011

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Senarai Dokumen-Dokumen Sokongan yang perlu disediakan untuk Permohonan BaruPerniagaan Pemilikan Tunggal/Pemilikan Perkongsian/Enterprise (R.O.B)
(Sole Proprietor / Enterprise / Partnership
)1- Salinan Kad pengenalan Pemilik

2- Salinan Penyata Akaun Bank Syarikat yang terkini

3- Salinan pendaftaran perniagaan (SSM)
   a) Borang D
   b) Borang Maklumat perniagaan
   c) Borang maklumat pemilik

4- Borang perincian bank tentang akaun syarikat yang di sahkan oleh pihak bank

5- Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat  yang telah disetem

6- Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat




Syarikat Sdn Bhd (R.O.C)



1-Salinan Kad Pengenalan semua ahli lembaga pengarah syarikat

2- Salinan Borang 24 dan 49 yang di sahkan oleh Setiausaha Syarikat atau Suruhanjaya Syarikat (SSM)

3- Borang pindah milik saham (borang 32A) yang dimatikan setem dan di sahkan oleh setiausaha syarikat atau SSM (jika berkenaan)

4- Memorandum And Articles Of Association (MAA) atau Borang 13

5- Salinan Borang 44

6- Annual Return untuk syarikat yang beroperasi lebih dari setahun

7- Resolusi Lembaga Pengarah  mengenai kuasa menandatangani cek oleh pihak bank

8- Salinan Penyata Akaun Bank Syarikat terkini

9- Borang perincian bank tentang akaun syarikat yang di sahkan oleh pihak bank

10 -Penyata pembayaran KWSP (EPF) terkini & Resit Pembayaran KWSP

11- Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem

12- Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat

R.O.S  Persatuan/ Koperasi / Pertubuhan



1- Salinan kad pengenalan semua ahli lembaga pengarah

2- Borang pendaftaran Koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan

3- Undang-undang kecil Koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan

4- Minit Mesyuarat Agong terbaru koperasi/ Persatuan/ Pertubuhan

5- Salinan Penyata akaun bank terkini

6- Resolusi lembaga pengarah mengenai kuasa tandatangan cek bagi akaun yang di sahkan oleh pihak bank

7- Borang perincian bank tentang akaun syarikat yang di sahkan oleh pihak bank

8- Salinan Lesen-lesen yang berkaitan.

9-Salinan Perjanjian Sewa (atau dokumen hak milik bagi bangunan sendiri) pejabat yang telah disetem

10-Resit sewa pejabat (3 bulan terakhir) atau dokumen Hak Milik pejabat

Monday, May 9, 2011

BIDANG-BIDANG /TAJUK DALAM LESEN KEWANGAN

CONTOH PERKHIDMATAN
Mencuci Bangunan, Membersih Kawasan, Mengangkat Sampah, Membersih Kenderaan, Cuci Kolam Renang, Membersih Pantai, Penyelenggaraan Alat Hawa Dingin (window/split unit), pembaikan mesin dan kenderaan, PA Sistem, tempat meletak kereta, hiasan dalaman, fotografi, rakaman,pengindahan bangunan, Hiasan Jalan/Kawasan, Dobi dan lain-lain perkhidmatan yang tersenarai dalam kod MOF. (Terdapat Banyak bidang perkhidmatan, sila nyatakan bidang perkhidmatan syarikat anda untuk kami semak)

Tuesday, May 3, 2011

Perkhidmatan Yang Kami Tawarkan

Kami Menawarkan Perkhidmatan Mengurus Pendaftaran Sijil Kementerian Kewangan (ePerolehan)
1)  Permohonan Baru   
2)  Tambah Bidang  
3)   Pembaharuan (RENEW)  
4)   Kemaskini Profil
5)  Memohon Status Bumiputera

Hubungi Segera : 0194550020 (ami) - Alor Setar

Monday, April 18, 2011

9/10 Rezeki Dalam Perniagaan

Ramai yang telah mengetahui bahawa 9/10 rezeki adalah melalui perniagaan. Ini adalah satu kiasan yang bermakna jika ada 10 pintu rezeki, maka 9 daripada 10 pintu itu adalah melalui PERNIAGAAN.
Jadi, mulakan langkah pertama anda untuk menambahkan Pendapatan samada secara sampingan ataupun sepenuh masa dengan memiliki Lesen Kementerian Kewangan (eP).

Tindakan yang pantas akan menghasilkan keputusan yang pantas (Dr. Azizan). Jangan tunggu lagi, bertindaklah segera untuk mendapatkan Lesen ini. Kami akan membantu Anda memiliki lesen tersebut.

-MW Management & Training
019-4550020

Sunday, April 3, 2011

Lakukan Perkara Yang Diminati

Saya sering ditanya mengenai jenis perniagaan apa yang boleh diusahakan/diniagakan. Bagi saya jawapan nya ialah melakukan dahulu apa yang kita minati. Ini kerana di dalam dunia ini banyak persamaan mengenai benda/perkara yang kita sukai. Maksud saya, sesuatu yang kita minati itu mungkin terdapat orang lain juga meminatinya. Apabila kita melakukan benda/perkara yang kita sukai sudah tentu hasilnya akan lebih berkualiti daripada kita melakukan perkara secara terpaksa. Sebagai contoh, jika kita minati untuk mengambil gambar (jurufoto), sudah tentu kita akan cuba mengambil gambar seberapa banyak yang boleh dengan menghasilkan gambar yang berkualiti. Jika kita terpaksa untuk mengambil gambar secara disuruh maka kualiti gambar mungkin rendah kerana kita tidak mempunyai kemahiran yang khusus yang disebabkan oleh kita tidak berminat untuk menjadi jurufoto. Dengan minat itu tadi sudah tentu kita akan cuba mempelajari teknik-teknik yang berkesan mengenai cara mengambil gambar dan menghasilkan kualiti yang berkesan. Kita juga tidak akan bekerja secara sukarela dan lebih bersemangat kerana perkara yang kita lakukan itu adalah minat kita. Kita akan merasakan masa cepat berlalu. Tidak dapat dinafikan bahawa jika kita melakukan apa yang kita minat, hasilnya mesti terbaik daripada kita. Minat itu lah kita kongsikan dengan orang lain yang mempunyai minat yang sama. Maka, secara tidak langsung kita boleh menjalankan perniagaan dengan hobi atau perkara yang kita minati.

Datuk Chef Wan misalnya, merupakan graduan dalam bidang perakaunan, tetapi kerana minat beliau yang mendalam dalam bidang masakan beliau telah memilih untuk menjadi chef. Hasil daripada apa yang diminatinya itu telah membuatkan beliau kini antara chef yang terkemuka di Malaysia dan menjadi jutawan dengan hanya memasak iaitu minat beliau. Kini beliau telah mengeluarkan beberapa buku dan menjadi chef kepada ribuan pelajar yang ingin mempelajari resepi dan teknik memasak dari beliau. Begitu menakjubkan hasilnya.
Mulakan dengan hobi atau apa yang kita minati. Kemudian dengan sedikit ilmu perniagaan, mentor maka ianya boleh dijadikan barang/perkhidmatan yang dapat dijual.

Sunday, March 20, 2011

Buku ebook 7 Mentor Jutawan

Anda tercari-cari jawapan kepada
"Bagaimana hendak jadi kaya?"

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan
8 Mentor Jutawan Malaysia!
Kini, mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!
Ikuti transkripsi penuh temubual Irfan Khairi
bersama ikon & mentor jutawan Malaysia...

Klik link dibawah ini utk keterangan lanjut :

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.irfankhairi.com%2Fmentor%3Fa_aid%3D08de2777&h=bcd72

Tuesday, March 15, 2011

Individu Kaya di Malaysia 2011

10 ranking teratas individu terkaya di Malaysia:
1) Robert Kuok Hock Nien-RM 50.04 bilion
(Raja Gula)
116 10 Orang Paling Kaya Malaysia

2) T. Ananda Krishnan-RM 45.78 bilion
(Taikun Telekomunikasi)
210 10 Orang Paling Kaya Malaysia

3) Tan Sri Teh Hong Piow-RM 12.77 bilion
(Pengerusi Kumpulan Publik Bank)
310 10 Orang Paling Kaya Malaysia

4) Tan Sri Lee Shin Cheng-RM 12.73 bilion
(Taukeh Minyak Sawit)
47 10 Orang Paling Kaya Malaysia

5) Tan Sri Lim Kok Thay-RM 10.89 bilion
(Genting Group’s)
57 10 Orang Paling Kaya Malaysia

6) Tan Sri Quek Leng Chan-RM 10.75 bilion
(Hong Leong Group’s)
62 10 Orang Paling Kaya Malaysia

7) Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary-RM 8.84 bilion
(Pengasas Yayasan Al-Bukhori)
71 10 Orang Paling Kaya Malaysia

icon cool 10 Orang Paling Kaya Malaysia Puan Sri Lee Kim Hua-RM 7.42 bilion
(Isteri Mendiang Pengasas Kumpulan Genting)
81 10 Orang Paling Kaya Malaysia

9) Tan Sri Tiong Hiew King-RM 4.772 bilion
(Rimbunan Hijau Group )
91 10 Orang Paling Kaya Malaysia

10) Ong Beng Sheng-RM 3.987 bilion
(Singapore’s Hotel Properties Ltd.)
101 10 Orang Paling Kaya Malaysia


Saturday, March 12, 2011

Statistik Pengguna Internet

Statistik tahun 2010 menunjukkan peluang yang amat besar untuk perniagaan Internet secara keseluruhan:
  • Pengguna Internet di dunia pada 2010 adalah 1,802,330,457 pengguna mengikut Internet World Stats.
  • Menurut NITC, jumlah pengguna Internet di Malaysia adalah sebanyak 16,902,600 pengguna pada 2010. Jumlah ini adalah 66% daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia. Jumlah terbesar bertumpu di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang.
  • Sejak tahun 2000 sehingga kini, kadar penambahan penggunaan Internet di Malaysia adalah hampir 357%! Melihat statistik ini, ia menunjukkan penggunaan Internet di Malaysia bertambah dengan kadar yang amat pantas.
  • Internet World Stats mencatatkan terdapat 764.4 juta pengguna Internet di Asia. Jumlah ini adalah lebih dari pengguna Internet di Eropah (425.8 juta pengguna) dan Amerika Syarikat (259.6 juta pengguna) pada 2010.
    Ini menunjukkan peluang perniagaan Internet yang amat luas bagi kita di Malaysia oleh kerana pencapaian pelanggan Asia adalah lebih mudah!
Rujukan :

Sunday, March 6, 2011

Gaji CEO - Malaysia

    Gaji yang manakah cukup bagi anda? Berikut adalah gaji Ketua Pegawai Eksekutif syarikat besar di Malaysia.. 1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak CEO CIMB Group Holdings Berhad RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)
    2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh) CEO Sime Darby Berhad RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)
    3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff CEO Bursa Malaysia RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)
    4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar CEO Maybank Berhad RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)
    5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin Boustead Holdings Berhad RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)
  • Gaji Perdana Menteri Malaysia – RM 22,826.65 sebul
  •           Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan
  • Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.
  • Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan
  • Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong
    s$3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)

  • Gaji Presiden Amerika : Barack Obama
    US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)

  • Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameron
    £194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)

  • Gaji Perdana Menteri Australia : Kevin Rudd
    AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)

Nasihat dari Mantan PM Malaysia - Tun Mahathir

‘Usahawan Melayu perlu bijak, cekap’

Kelemahan urus wang punca ramai gagal walaupun dibantu: Dr M

JITRA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan usahawan Melayu supaya cekap dan bijak mengurus wang kerana ia kelemahan paling ketara dalam kalangan ahli perniagaan dan usahawan bangsa itu sehingga menyebabkan ramai gagal walaupun pelbagai bantuan diberikan kerajaan.

“Bila dapat wang mereka belanja ke jalan yang tak dapat menambah modal atau pusingan modal. Ada juga guna untuk melabur dalam perniagaan lain tetapi tak dapat keuntungan, malah perniagaan rugi dan gagal membayar balik hutang,” kata bekas Perdana Menteri.
Berucap pada majlis makan malam amal Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Kedah, di sini malam kelmarin, beliau turut menyarankan usahawan Melayu menceburi perniagaan francais yang menjanjikan keuntungan dan kurang risiko.

Selain itu, katanya, usahawan Melayu, khususnya kontraktor perlu berusaha gigih membuktikan mereka mampu melaksanakan projek tanpa sebarang masalah.

Katanya, ketika ini kontraktor Melayu hanya bergantung kepada projek kerajaan kerana terlalu sedikit syarikat swasta memberikan projek kepada kumpulan itu, tetapi ia boleh berubah jika mereka membuktikan boleh menyiapkan projek dengan jaya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mahathir berkata orang Melayu masih memerlukan bantuan kerajaan, tetapi pada masa sama mengingatkan mereka jangan berharap bantuan itu akan kekal selama-lamanya.

“Kita kena ingat bila tiada lagi dasar ekonomi atau kerajaan yang dipilih rakyat nanti tidak lagi bersimpati dengan kita (memberikan bantuan kepada orang Melayu), kita mesti boleh meneruskan kehidupan dan kekal dalam perniagaan.
“Jika sentiasa berjalan menggunakan tongkat (bantuan kerajaan), sampai bila pun kaki kita tidak kuat. Buanglah tongkat dan cuba berjalan dengan kaki sendiri,” katanya

Rujukan : Berita Harian 6/3/2011

Friday, March 4, 2011

Syed Mokhtar kekal orang melayu paling kaya

Syed Mokhtar kekal orang Melayu paling kaya dengan aset RM7.5 bilion


Kekayaan terkumpul 40 individu terkaya Malaysia kini bernilai kira-kira RM186.3 bilion, meningkat 22 peratus atau RM33.3 bilion disebabkan peningkatan ekonomi negara sebanyak 7.2 peratus tahun lalu, iaitu tertinggi sejak 2000.
Mengikut senarai individu terkaya Malaysia 2011 majalah Forbes Asia, hanya seorang ahli perniagaan baru disenaraikan antara individu terkaya Malaysia tahun ini iaitu Pengarah
Urusan QL Resources Bhd, Chia Song Kun dengan kekayaan berjumlah RM1.2 bilion. Jutawan yang terbabit dalam industri pengeluaran makanan laut, memproses minyak sawit mentah dan ternakan ayam ini terus melonjak ke tangga ke-24, mengatasi nama besar yang sebelum ini berada dalam senarai 40 jutawan Malaysia.

Menurut majalah itu lagi, Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary kekal sebagai orang Melayu terkaya di Malaysia dengan harta terkumpul berjumlah RM7.5 bilion dan menduduki tangga kelapan dalam senarai itu.

Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Mokhzani Mahathir yang juga Pengerusi Eksekutif Kencana Petroleum Bhd berada pada tangga ke-15 dalam senarai itu dengan kekayaan sebanyak RM1.8 bilion.

Turut tersenarai ialah adik Perdana Menteri, Pengarah Urusan Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak dengan jumlah harta kekayaan sebanyak RM495 juta di kedudukan ke-36.
Pengerusi Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Tan Sri Rozali Ismail yang memiliki kekayaan berjumlah RM465 juta berada di tangga ke-37.

Menurut majalah itu kedudukan pertama dan kedua orang terkaya di Malaysia masih tidak berubah iaitu masih dimiliki Raja Gula iaitu Tan Sri Robert Kuok yang memiliki harta sejumlah RM37.8 bilion diikuti Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Communication, Tan Sri Ananda Krishnan sebanyak RM28.8 bilion

Sunday, February 27, 2011

Cara Paling Efektif Dalam Pengiklanan

Pengiklanan adalah salah satu elemen pemasaran. Cara yang paling efektif ialah memperbanyakan medium iklan. Jangan tumpukan kepada satu cara sahaja seperti mengedar leaflet sahaja. Gunakan pelbagai seperti bisnes kad, banner, iklan tv, suratkhabar, internet, radio dan juga tv jika perlu.

Ia akan lebih efektif jika mempelbagaikan cara pengiklanan dalam tempoh 2-3 bulan berbanding dengan memfokuskannya kepada satu cara pengiklanan sahaja sepanjang tahun.

Saturday, February 26, 2011

Dapatkan Buku ebook 7 Mentor Jutawan

Anda tercari-cari jawapan kepada
"Bagaimana hendak jadi kaya?"

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan
8 Mentor Jutawan Malaysia!
Kini, mentor usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan STRATEGI SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!
Ikuti transkripsi penuh temubual Irfan Khairi
bersama ikon & mentor jutawan Malaysia...

Klik link dibawah ini utk keterangan lanjut :

http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.irfankhairi.com%2Fmentor%3Fa_aid%3D08de2777&h=bcd72

Friday, February 25, 2011

Langkah Pertama Penting Dalam Perniagaan

Langkah pertama dan penting dalam perniagaan ialah menjalankan penyelidikan pasaran (market research). Dalam menjalankan apa jua perniagaan, adalah menjadi salah satu kewajipan untuk menjalankan kajian pasaran untuk mengetahui tahap permintaan/penerimaan produk atau perkhidmatan kita. Adalah menjadi kesalahan besar jika kita mengganggap pelanggan pasti membeli produk kita.

Terdapat 2 jenis kajian. Pertama adalah kajian primier. Iaitu menjalankan sendiri kajian melalui borang soalselidik, bertemu rakan,pelanggan, pembekal, mengkaji rekod jualan dan bersemuka dengan semua yang terlibat /pelanggan sasaran untuk mendapatkan maklumat tentang pasaran sesuatu produk itu. Kedua, ialah kajian sekunder iaitu kajian melalui bahan/sumber lain seperti majalah, internet, suratkhabar, jurnal, direktori perniagaan, buku-buku dan apa jua rujukan samada mediacetak dan media elektronik.

so LAKUKAN kajian pasaran terlebih dahulu.

Thursday, February 24, 2011

Cara 3 Tidak Melewatkan-lewatkan kerja

Cara #3: Tambahkan ilmu dalam bidang focus anda
Manusia adalah insan yang amat hebat dan boleh mencapai apa sahaja matlamat dengan ilmu dan pengalaman yang mencukupi. Lipatkali gandakan ilmu anda dalam bidang anda. Dengan ilmu yang lengkap, segala kerja yang dilakukan adalah lebih mudah.

Sering kali kita tidak dapat meneruskan sesuatu kerja apabila kita tidak tahu melakukannya, atau, mempunyai ilmu yang kurang dalam kerja yang perlu ditangani.  Ini akan melambatkan sesuatutugas dan adakalanya akan menurunkan produktiviti dan motivasi. Tekanan mula di rasa apabila ilmu yang dimiliki tidak dapat menangani kerja di tangan.

Dedikasikan diri anda untuk menjadi pakar dalam bidang anda. Baca buku, hadiri seminar, minta nasihat dari yang lebih pakar, dan tambahkan kepakaran anda, sama ada yang berkaitan secara langsung dengan kerja anda, atupun yang tidak.

Orang disekeliling anda akan merasa pelik, bagaimana anda mencapai kejayaan dalam waktu yang amat singkat. Jawapannya, lipat kali gandakan ilmu dalam bidang anda!

SEKIRANYA ANDA INGIN MEMULAKAN PERNIAGAAN..mulakan dari sekarang. Jangan berlenggah lagi...Hubungi kami untuk berdaftar perniagaan anda dengan Kementerian Kewangan sebagai pembekal.

Wednesday, February 23, 2011

Cara 2 Tidak Melewatkan-lewatkan kerja

Cara #2: Apa akan terjadi sekiranya...
Ianya dikatakan, manusia melakukan perkara untuk mendapatkan kebahagiaan atau mengelakkan kesengsaraan. Dalam apa sahaja yang anda lakukan, sudah pasti terdapat elemen menambahkan kebahagiaan anda, atau mengelakkan kesengsaraan dan penderitaan.

Dalam mengurus masa anda, fikirkan apa yang akan terjadi, sekiranya anda tidak melakukan tugasan di tangan secepat mungkin. Adakah anda mendapat kebahagiaan, atau kesengsaraan?

Beri tumpuan dan fokus kepada perasaan tersebut. Lipatkali gandakan perasaan tersebut, sekiranya kebahagiaan, gandakannya dengan sepuluh! Sekiranya kesengsaraan yang anda akan dapat, gandakannya dengan sepuluh.

Manusia melakukan sesuatu oleh kerana emosi di dalam diri. Dengan memainkan emosi anda dengan fokus kepada mendapat kebahagiaan yang berganda dan mengelakkan kesengsaraan yang berganda, emosi anda akan memberi daya tolakan kepada diri anda untuk menyiapkan sesuatu kerja secepat mungkin dnegan sempurna.

Pertimbangkan apa yang akan terjadi sekiranya apa yang anda ingin lakukan di lewat-lewatkan!

Tuesday, February 22, 2011

Cara 1 Tidak Melewatkan-lewatkan kerja

Cara #1: Beri tekanan pada diri sendiri

Ramai antara kita menunggu sesuatu atau seseorang untuk memotivasikan mereka. Sebenarnya motivasi ada di mana-mana sahaja. Dengan hanya menunggu, tiada apa yang akan berlaku. Antara kita, hanya 2% sahaja yang boleh memulakan sesuatu tanpa sebarang pengawasan atau suruhan. Mereka ini digelar pemimpin. Sekiranya anda menunggu, anda akan menunggu untuk selama-lamanya.

Pemimpin melakukan pilihan sendiri untuk terus berusaha, golongan ini meletakkan satu standard yang tinggi. Anda perlu menanamkan semangat sebagai seorang pemimpin dan lakukan lebih daripada apa yang sepatutnya anda lakukan. Sekiranya anda bekerja, lakukan lebih daripada apa yang anda dibayar.

Sekiranya kita melakukan sesuatu lebih daripada kemampuan kita, kita akan merasakan kepuasan dan semangat akan semakin menjadi tinggi. Sekiranya anda melakukan kerja yang anda ingin siapkan pada kadar segera, anggap dan letakkan tekanan bahawa ia mesti disiapkan pada kadar yang segera. Anggap hari esok anda perlu ke outstation dan kerja di tangan anda ini mesti di siapkan juga sebelum malam ini. Bayangkan dan Tanya pada diri anda sendiri, sekiranya esok saya harus pergi outstation, apa perlu saya lakukan untuk menyiapkan kerja saya pada hari ini juga.
Rujukan : Dipetik dari Irfan Khairi